Friday, March 27, 2015

Mentaliti menerusi Seni

Assalamualaikum and Salam Sejahtera  semua!

Hari ini saya  baru habis tengok cerita Insurgent sambungan cerita Divergent sebelum ni. Pada saya besh jugak lah cerita ni, but Novel lah lagi awesome kan?

Kalau nak dibandingkan jumlah cerita drama atau filem yang saya pernah tengok sebelum ni.. sah sah cerita dari barat atau luar negara lagi monang dari cerita tempatan ni

" Halah, tunggu Astro ja lah berapa bulan lewat ja pungg!"

Alasan saya bila kawan ajak tengok filem tempatan. Akan saya brainwash dyorang cukup cukup supaya dyorang nak tengok filem barat atau luar negara dengan saya.

Bukan nak merendahkan filem tempatan ni. Cuma kebanyakan nya memang klise. Senang diagak. paling senang semua cerita sama. Macam mana nak support filem tempatan sedangkan cerita dia pun orang dah dapat nak agak? cerita yang keluar pun tak ada mesej yang boleh sentap kan masyarakat kita? semua lagi menggalakan ikhtilat, zina, lumba haram dan lain lain yang saya malas nak sebut. dan akhirnya anak anak muda kita terpengaruh dan melakukan benda tersebut sebab rasa "cool" agaknya kot.

Sebab apa saya suka filem luar?

Part part ehem ehem tu jangan sebut lah.. itu memang cara dyorang.. takkan kita nak ikut juga?
Allah tengah tengok kau tu weh!

Jujurnya cerita mereka"out of the box" lain dari yang lain. Paling saya suka apabila mesej yang nak disampaikan melalui pelakon dalam filem tersebut sampai tepat ke dalam hati saya. CEYH!

Serius saya cakap. Contoh cerita Divergent yang saya tengok sebelum ni.

"FEAR CAN'T SHUT YOU DOWN. IT BRINGS YOU UP"

Siyesly, quote ni saya selalu ingat bila saya rasa takut nak cuba something baru. Biarlah decision yang kita pilih tu mungkin salah but bila kita gagal, kita belajar sesuatu yang baru, pengalaman baru. yang di mana it is more worth it sebab kita dapat banyak pengalaman.

This is what i learn from that movie.

Bukan itu sahaja, HungerGames, Avengers, Stonehearst Asylum....

Haaa cerita Stonehearst Asylum yang buat kan saya jatuh hati dengan orang gila.

Plot twist dia memang "BBBEEEESSSSHHHHHH" cenggini haa...

Every single person have their own weaknesses.

Kita selalu pandang rendah pada orang yang kurang upaya, but kita tak tahu apa yang dyorang lalui, apa yang dyorang rasa, terseksa nya mereka dilahirkan macam tu, dibuli sampai gila, eksiden sampai gila, frust sampai gila, seksa sampai gila.

Bila dah gila dicampaknya lagi dalam hospital orang gila yang lagi penuh dengan doktor gila yang buat lagi dyorang gila.

geddit? geddit? hahahha!

Sometimes we just need to stop and imagine mcm mana kita bila kita berada kat tempat dyorang.

This is what i got from this movie

Oh! and siapa kata orang gila tak romantik? hahahahahahahahahaahahha!

Okay hambar... tau.. diam diam

Now back to the point...

Macam mana dengan cerita tempatan kita?

Novel tempatan?

Ada je novel tempatan thriller yang gempak lagi naik bulu roma bila baca especeli baca waktu malam
tapi sayang amat amat sayang apabila yang femes di kaca TV semua cerita yang menggalakan lagi ikhtilat, zina bagai.

Lagi lah benggang bila hukum hakam Allah semua terbang tah ke mana.

"Satu hari nanti aku akan ceraikan kau.. tahu?"

Bro.. Bro.. ada belajar munakahat tak bro? once kau dah niat nak cerai, niat je... even niat je... dah jatuh talak tahu?

Mana tak nye kalau cerita 'kosong' macam ni disiarkan memberi impak yang besar pada msayarat especeli generasi muda kita?

Dok berangan nak bersuami 24 jam tapi solat tah ke mana... ngaji dok tergagap gagap.. Hado hati nak kawen? Pehleeeessssssssss.....

Kalau nak sangat bersweet sweet bagai ni, kau bersweet dengan Allah dulu.. aku gerenti Allah kasik pasangan yang cukup tip top top untuk kau!

Back to the point again

Lagi lah sedih nak mati bila dapat tahu yang ramai kengkawan non muslim saya tengok drama/ filem tempatan ni... (especeli cerita melayu lah)

"u ada tengok cerita Suamiku......... tak?"

"eh eh u tengok cerita masak lomak utk........... tak?

"cerita perfect perfect tu very romantic kan?"

Bertepuk dahi saya bila dapat tahu dyorang sebenarnya layan cerita tempatan ni... bukan setakat korea je...

Ini ke kita nak tunjukkan mentaliti masyarakat islam kat dyorang? ini ke hukum Allah yang kita nak tunjukkan? Ini ke cara orang islam yang kita nak tunjukkan kat non muslim?

Tak nampak ke ini peluang keemasan untuk kita berdakwah and tunjuk kan kat dyorang bertapa indahnya Islam? Tak rasa teruja ke bila kita dimasukkan syurga disebabkan cerita kita tu buat kan non muslim tertarik dengan islam dan akhirnya bertukar ke agama islam?

Sekurang kurang nya buat lah cerita yang masuk akal dan mempunyai mesej yang mampu mengispirasi kan masyarakat macam mana cerita luar mampu menginspirasi kan penonton...

Contoh, Hati Malaya 1957

I hate history siyesli! dodulu waktu form 4 and form 5 mmg payah gilos nak belajar sejarah.

mengantuk kot!

But satu malam ni ada event bulan kemerdekaan di sekolah saya dan kebetulan cikgu saya buka cerita ni.

Saya hampir meneteskan air mata sebenarnya tengok cerita tu but since hado kawan disekeliling, saya tahan je lah biarpun dah bertakung dah ni.

Lepas ja tengok cerita tu, saya rasa amat menghargai sejarah... saya terus fokus dalam kelas sejarah yang dimana sebelum ni waktu kelas sejarah memang waktu saya tidur dalam kelas.

Sekarang saya sedar.. melalui cerita, novel, buku yang the best seller, drama, filem...boleh menunjukkan mentaliti sesebuah masyarakat tersebut :)